Sunday, 19 June 2016

Latihan Separa Perubatan

Assalamualaikum *jawab lah hoi*....erm lama tak mengarang ayat dah bersawang otak aku ni *agak2 la nak menipu pun(dalam hati hampa)*....well actually aku dah pon selamat menamatkan matrikulasi selama 10 bulan *lama kan?pfttt..tangan di bahu mata ke atas*...apa ni kira lama la bagi aku haha....sekarang ni aku tengah cuti ja kat umah sambil kerja sambilan tolong mak saudara aku buat catering so bila ada kenduri aku tolong arr angkat2 barang,tuang air,persembahan silat pengantin termasuklah menghabiskan makanan kat kenduri tu..erkk..*krik2*.....shuh2..ok cengkerik dah berambus...teruskan cerita aku....well nak dijadikan cerita masa nak dekat final exam PSPM 2 dekat matrik aku dapat sms daripada SPA8 gitau aku dijemput hadir ke majlis tari menari..erk..maksud aku dijemput untuk menduduki ujian online separa perubatan pkol 8 x salah aku...
So aku pon pi la jawab malam tu..kawan aku pon ada yang dapat jugak time tu...so kami pon pi sekali lah jawab ujian online tu kat makmal komputer kat matrik ..kami dok sebelah2 so senang sikit nak bincang haha *sila tiru aksi ini*...tapi memang berkesan kot weh cara ni...soalan2 SPA ni ada dua session satu pengetahuan am. dan satu lagi ujian mengenai diri kita ada 200 soalan...so untuk soalan pengetahuan am ni pasal ekonomi,bio sikit n pasal malaysia sikit..so kami yang dok dekat2 ni..bahagi2 soalan2 and search kat internet haha so sempat la siap pfttt..akhirnya kami tiga2 berjaya dapat  temuduga SPA ni,..tapi baru temuduga lah...nak dijadikan cerita lagi..*amboih banyak sungguh cerita hang(kata hampa)*..eh suka hati la blog aku erk...*mata puss in boot*...temuduga tu jatuh pada tarikh first kami periksa final exam PSPM 2 matrik....kami semua was like...what the heaven and earth...pastu aku pon cam redha la sebab tak rasa macam nak pi sangat pon SPA ni....tiba2....suasana menjadi sunyi...angin sepoi2 bahasa..aku berjalan sendirian...eh salah cerita..ok serious2 *betulkan bowtie and tuxedo..letak jari telunjuk dan ibu jari kat mulut dan pelan2 senyum* ok dah jauh melalut...ok sebenaqnya mak aku call ...kata boleh buat rayuan tukaq tarikh aku pon oooo....pastu hantaq la email kat si fulan yang kerja kat SPA..akhirnya lulus....tarikh temuduga tu lusa tu aku nak final exam...erm ok la sempat study haha *nampak sangat baru nak study*eh biorla ....tapi kesian kawan aku dia x berjaya tukaq tarikh temuduga so dia takpilah temuduga.....so aku sorang2 la pi temuduga tu...ok setakat tu ja kot....kisah seterusnya mengenai Pengalaman aku di interview..haha nantikan pada waktu yang sama dan channel yang sama erk...pftt ok bai

No comments:

Post a Comment